INFO BANTUAN ZAKAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Assalamu’alaikum, Wrt. Wbt.
Mahasiswa/i sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Sem 1 Sesi 2021/2022 akan dibuka bermula 11 Oktober 2021.

Tempoh Temuduga Permohonan BUP adalah bermula pada:
11-Oktober-2021 (Isnin)
hingga
20-Januari-2022 (Khamis).

PERMOHONAN HANYA DITERIMA MELALUI ATAS TALIAN SAHAJA:
https://zakat.ukm.my

 

Bantuan yang disediakan:
1. Bantuan Umum Pelajaran (Yuran/ Sara Hidup)

Syarat Permohonan:
1. Islam;
2. Pelajar Sepenuh Masa;
3. Telah Mendaftar Semester;
4. Pelajar Asasi Pintar, Prasiswazah & Pascasiswazah;

Dokumen yang WAJIB dimuat-naik:
i. Salinan Penyata Gaji / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga / Pasangan (yang berkenaan). *Bagi pasangan yang tidak bekerja, perlu lampirkan pengesahan tidak bekerja.
(Borang Pendapatan dilampiran)
*Borang Pengesahan Pendapatan HANYA boleh disahkan oleh Ketua Kampung / penghulu / JKKK / Imam / Nazir / Pengerusi Blok / Pengerusi Penduduk mastautin keluarga.
ii) Lain-lain dokumen seperti dilampiran sistem zakat online.

*Jadual Temuduga*:-
Pelajar hanya boleh memilih tarikh temuduga setelah permohonan diperaku oleh pensyarah. (Sila klik di “Status Permohonan” untuk memilih tarikh temuduga)

**Tatacara hadir temuduga dalam Pelan Pemulihan Negara (Fasa 3)**:
1. Temuduga akan dijalankan secara atas talian sahaja pada tarikh temuduga yang dipilih. (secara panggilan telefon)
2. Tetapi jika perlu, pelajar akan diminta hadir ke Kaunter Zakat bagi urusan temuduga permohonan.
3. Bagi pelajar yang tidak menerima panggilan telefon pada tarikh temuduga, mohon untuk semak di sistem zakat “Status Permohonan” Satu(1) hari SELEPAS tarikh temuduga yang telah dipilih.

Jika status “Disokong/ Rayuan”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga).

Jika status “Pulang Borang”, sila baca ulasan penemuduga yang diberikan dan lengkapkan butiran/ dokumen seperti yang diminta.

Jika status masih “Tunggu Temuduga” Satu(1) hari SELEPAS tarikh temuduga yang telah dipilih, mohon untuk hubungi kami di talian 03-8921 4225/5820 (Bangi) atau 03-9145 6526 (HCTM/KKL).

Sebarang pertanyaan, pelajar boleh berhubung terus dengan kaunter zakat UKM kampus belajar:

Kaunter Zakat UKM Bangi
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8921 4225 / 5820

Kaunter Zakat UKM (Cawangan KKL)
Aras 1, Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM UKM),
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur,
No Tel : 03-9145 6526

Untuk cadangan dan aduan, boleh terus menghantar email ke infozakat@ukm.edu.my

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.