PERMOHONAN JAWATAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR 22/23 KOLEJ KERIS MAS
Kolej Keris Mas (KKM), 5 June 2022: Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Keris Mas membuka permohonan baharu sebagai Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) bagi sesi 2022/2023. Sehubungan dengan itu, kepada seluruh pelajar Kolej Keris Mas yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kepimpinan dialu-alukan untuk membuat permohonan sebagai salah seorang ahli Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas.
Sila muat turun borang permohonan:BORANG PERMOHONAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR 2022 2023
SYARAT KELAYAKKAN:
- Terbuka kepada pelajar prasiswazah sahaja
- Memperolehi PNGK tidak kurang dari 2.80
- Bergiat aktif dalam aktiviti pelajar
- Mempunyai visi dan misi dalam meningkatkan kecemerlangan Kolej Keris Mas.
CARA PERMOHONAN
Berikut adalah cara permohonan bagi jawatan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas sesi 2022/2023:
- Calon hendaklah memenuhi syarat kelayakkan
- Calon hendaklah melengkapkan borangĀ Borang Permohonan Majlis Eksekutif Pelajar 2022/2023 sebelum 9 June 2022
- Borang hendaklah dihantar ke Pelajar Kolej sebelum atau pada 10 June 2022