Soalan Lazim​

Aplikasi kNovasi 2023 boleh diperoleh dari laman sesawang kNovasi di pautan berikut: https://www.aktivukm.my/knovasi. Peserta perlu memuat turun aplikasi kNovasi 2023 di komputer meja, komputer riba, tablet atau telefon pintar.

Peserta boleh mengimbas kod QR di bawah atau klik pada pautan berikut: https://knovasi2022.glideapp.io/

 

Bagi penyertaan Pertandingan Inovasi, abstrak perlu dihantar terus melalui apps knovasi (https://knovasi2022.glideapp.io/), tiada template abstrak disediakan. Peserta hanya mengisi maklumat  yang diperlukan dalam apps dan abstrak akan dijana secara automatik. 

Terdapat LIMA pakej disediakan iaitu: Pakej A adalah gabungan penyertaan pembentangan makalah dan pertandingan inovasi. Pembentangan makalah atau kertas kerja adalah pembentangan hasil penyelidikan dalam PdP atau pembangunan inovasi PdP. Manakala pertandingan inovasi adalah pertandingan video bagi inovasi dalam PdP yang ingin dipertandingkan.

Pakej B1 adalah pembentangan kertas kerja atau makalah hasil penyelidikan dalam PdP atau pembangunan inovasi PdP.

Pakej B2 adalah pertandingan inovasi PdP. Peserta akan membentang secara bicara tuntas dalam pertandingan inovasi.

Pakej C adalah pertandingan inovasi PdP yang dibuka kepada pelajar universiti dan pelajar sekolah.

Pakej D adalah penyertaan kepada peserta biasa yang tidak membentang. Peserta biasa boleh menyertai semua aktiviti sepanjang acara berlangsung.

Setiap peserta yang telah mendaftar ke kNovasi2022 menggunakan aplikasi kNovasi2022 boleh menyemak pendaftaran dan penyertaan masing-masing di menu My kNovasi. Pendaftaran diperoleh melalui tab ‘Registration’ dan penghantaran penyertaan boleh diperoleh di bahagian ‘Submissions’.

Tiada had kepada jumlah ahli kumpulan bagi penyertaan dalam kNovasi2022.

Dalam satu kumpulan pelajar, ahli kumpulan boleh terdiri dari cikgu/pensyarah bersama-sama pelajar yang lain. Walau bagaimanapun hanya pelajar sahaja yang dibenarkan membentang atau sebagai pembicara tuntas.

Pendaftaran adalah melalui aplikasi kNovasi2022. Peserta perlu muat turun aplikasi kNovasi terlebih dahulu dan isi SEMUA maklumat berkaitan di dalam borang pendaftaran. Klik menu ‘Registration’, dan klik tab ‘Register Now!’. Kemudian untuk melakukan bayaran, pilih payment options – Payment by Institution (LO) dan isikan maklumat/bukti yang diperlukan. No akaun Bendaharai UKM akan muncul.

Peserta boleh menghantar abstrak panjang dahulu sebelum melakukan pendaftaran. Penghantaran abstrak panjang perlu dilakukan menggunakan aplikasi kNovasi2022.

Semua penyertaan dari dalam dan luar UKM perlu mendaftar menggunakan aplikasi kNovasi2022. Peserta dari dalam UKM boleh membayar yuran penyertaan menggunakan dana geran melalui borang caj antara jabatan. Peserta perlu mengisi SEMUA maklumat di dalam borang pendaftaran dengan memilih menu ‘Registration’ dan klik ‘Register Now!’. Di bahagian pilihan pembayaran, terdapat dua pilihan iaitu Bank Transfer dan Payment by Institution (LO). Pilih Payment by Institution dan peserta wajib melampirkan borang caj antara jabatan yang telah siap diisi. Borang caj antara jabatan boleh diperoleh dari laman sesawang kNovasi2022.

Bagi peserta UKM, pembayaran menggunakan caj antara jabatan memerlukan borang caj antara jabatan yang telah disahkan sebagai bukti dokumen yang perlu dimuat naik.

Bagi peserta luar UKM, pembayaran menggunakan LO yang telah disahkan atau dokumen pembayaran dari institusi masing-masing sebagai bukti dokumen yang perlu dimuat naik. Pihak sekretariat akan menguruskan proses seterusnya.

Jika penyertaan dari penama yang sama, maka peserta boleh pilih Pakej A dan B1 dan membayar yuran penyertaan mengikut pakej tersebut.

Bagi peserta yang telah mendaftar, tiada emel yang akan diterima dari pihak sekretariat. Pendaftaran yang telah berjaya boleh disemak di menu My kNovasi.

Semua peserta yang ingin menghadiri kNovasi2022 samada sebagai pembentang atau menyokong pembentangan perlu mendaftar dan membayar yuran penyertaan. Walau bagaimanapun, ‘penyokong’ boleh mendaftar sebagai Peserta Biasa dan mempunyai akses ke semua acara kNovasi2022 secara percuma.

Semua peserta yang telah mendaftar dalam aplikasi kNovasi2022 akan menggunakan emel yang sama ketika pendaftaran. Pada hari acara iaitu 6 September 2022, peserta hanya boleh mengakses semua acara menggunakan emel yang sama ketika pendaftaran. Emel yang lain tidak boleh mengakses kNovasi2022. Oleh itu, semua peserta dinasihatkan untuk menyimpan emel yang telah didaftarkan untuk mengelak sebarang kesulitan untuk mengakses acara kNovasi2022.

Semua peserta yang telah mendaftar menggunakan emel yang sama boleh mengakses semua acara melalui aplikasi kNovasi2022 pada bila-bila masa sahaja.

Peserta yang telah melakukan submission melalui kNovasi 2022 apps boleh meengedit penghantaran masing-masing. Peserta boleh klik di menu My kNovasi, pilihan submission yang ingin diedit, klik submissiontersebut dan di bahagian kanan atas terdapat icon pen. Klik icon pen dan submission baru boleh dilakukan. Untuk makluman, abstrak TIDAK BOLEH DIUBAH (nama pengarang, tajuk dan isi kandungannya) selepas tarikh akhir penyerahan abstrak.

Peserta boleh log masuk ke dalam aplikasi kNovasi 2022 melalui telefon pintar dan komputer riba pada masa yang sama menggunakan emel yang sama.

Bagi peserta yang telah menghantar video/abstrak/abstrak panjang tetapi ingin menghantar semula penyertaan kerana terdapat perubahan, maka peserta hanya perlu menghantar semula video/abstrak/abstrak panjang yang telah dibaiki atau mengedit penyertaan melalui aplikasi kNovasi2022 SEBELUM TARIKH TUTUP PENYERTAAN.

Bagi peserta pembentang makalah, semua peserta akan membentang secara langsung pada 7 September 2022. Walau bagaimanapun, pihak penganjur tiada halangan jika peserta ingin menyediakan pembentangan video sebagai persediaan sokongan pembentangan. Pihak penganjur memhon peserta terlibat untuk menghantar rakaman video tersebut secepat mungkin dengan menyimpan video tersebut did alam google drive dan dihantar pautan video melalui kNovasi2022.

Peserta hanya boleh menghantar semula penyertaan video bagi Pertandingan Inovasi paling lewat pada jam 11.59 malam pada tarikh tutup. Selepas tarikh tersebut, sistem akan dikunci untuk persediaan muat naik video di dalam YouTube untuk proses seterusnya. Pihak sekretariat memohon maaf kerana persediaan pembentangan/bicara tuntas perlu dilakukan.

Pakej Peserta Biasa boleh mendapat akses kepada semua acara di kNovasi 2022 pada 17 dan 18 Ogos 2022, iaitu menghadiri sesi Pengucap Utama 1 dan 2 pada kedua-dua hari acara, semua sesi Pertandingan Inovasi dan Pembentangan Makalah, sesi Forum, ruang pameran penaja dan bengkel pada 16 Ogos 2022. Peserta juga akan memperoleh sijil penyertaan yang boleh didapati dari aplikasi kNovasi 2022.

Semua peserta perlu mendaftar penyertaan melalui aplikasi kNovasi2022 termasuk penyertaan bengkel. Penyertaan bengkel adalah percuma bagi semua peserta kNovasi 2022. Jika peserta tidak berminat untuk membengtang makalah atau menyertai pertandingan video, maka peserta hanya perlu mendaftar sebagai Peserta Biasa sahaja.

Keputusan pertandingan inovasi dan pemenang pembentangan makalah akan diumumkan di acara Penutup kNovasi pada 7 September 2022 jam 4 petang. Walau bagaimanapun, keputusan juga boleh diperoleh di aplikasi kNovasi2022.

Setiap penyertaan kNovasi 2022 diberikan e-sijil. Peserta boleh memperoleh e-sijil penyertaan di aplikasi kNovasi 2022.

Pingat kemenangan bagi acara pertandingan inovasi akan dipos kepada pemenang mengikut alamat yang telah didaftarkan. Oleh itu, mohon kerjasama semua peserta memberi alamat lengkap untuk urusan penghantaran pingat.

Atur cara kNovasi 2022 boleh diperoleh dari aplikasi kNovasi 2022. Peserta hanya klik sahaja sesi selari yang ingin dihadiri dan peserta akan ‘masuk’ ke ‘bilik’ sesi selari tersebut.

Semua peserta pembentangan makalah dan pertandingan inovasi akan dijemput menghadiri sesi raptai (dry run) seminggu sebelum hari acara iaitu 5 September 2022.

Borang maklumbalas kNovasi 2022 disediakan dalam aplikasi kNovasi 2022. Peserta boleh mengisi borang tersebut untuk memberi sebarang komen dan cadangan.

Semua acara kNovasi 2022 termasuk bengkel pra-kNovasi 2022 adalah PERCUMA kepada SEMUA PESERTA kNovasi 2022.

Peserta PERLU mendaftar sebagai Peserta Biasa dengan yuran sebanyak RM100 jika tidak menyertai sebarang Pertandingan Inovasi dan Pembentangan Makalah. Setelah mendaftar, peserta kNovasi 2022 boleh mengakses semua acara kNovasi2022 secara PERCUMA.

Peserta yang telah mendaftar dalam kNovasi2022 apps boleh mendaftar bengkel melalui kNovasi2022 apps. Di bahagian bawah skrin pilihan menu terdapat icon Bengkel. Klik pada icon bengkel dan paparan gambar fasilitator bengkel muncul. Skrol ke bawah terdapat butang ‘Sila pilih bengkel di sini’. Kemudian paparan pilihan slot bengkel muncul. Peserta boleh memilih bengkel yang ingin dihadiri dengan tick pada kotak checkbox dan tekan butang ‘Submit’. Untuk menyemak bengkel yang telah didaftar, klik icon My kNovasi di bahagian bawah skrin pada pilihan menu. Paparan semua aktiviti termasuk bengkel yang telah dipilih muncul.

Peserta yang belum mendaftar dalam kNovasi2022 apps boleh mendaftar sekaligus sebagai Peserta Biasa dan peserta bengkel melalui kNovasi2022 apps. Di bahagian bawah skrin pilihan menu terdapat icon Bengkel. Klik pada icon bengkel dan paparan gambar fasilitator bengkel muncul. Skrol ke bawah terdapat butang ‘Daftar di sini’. Masukkan maklumat diri peserta dan peserta boleh memilih bengkel yang ingin dihadiri dengan tick pada kotak checkbox yang sesuai. Bayaran yuran sebanyak RM100.00 perlu dibuat dan masukkan bukti bayaran, dan tekan butang ‘’ di sebelah atas kanan untuk mengesahkan pendaftaran bengkel. Untuk menyemak bengkel yang telah didaftar, klik icon My kNovasi di bahagian bawah skrin pada pilihan menu. Paparan semua aktiviti termasuk bengkel yang telah dipilih muncul.

Hubungi  I   Misi & Visi  I  UKM  I  Dokumen 

Dibangunkan oleh Pengajaran UKM. Hakcipta © 2023 Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Penafian : Sepanjang melayari laman web ini, anda boleh terpaut dengan lain-lain laman web yang bukan di bawah kawalan PENGAJARAN-UKM tiada kawalan terhadap isi, jenis dan ketersediaan laman web berkenaan.  Pautan tertera dan tersedia tidak seharusnya memberi andaian sebagai suatu syor galakan atau pengesahan kepada pandangan yang terungkap.

ms_MYMalay