KONVOKESYEN UKM

PERKHIDMATAN JURUGAMBAR STUDIO DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-53 UKM PADA TAHUN 2025

  1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyediakan perkhidmatan jurugambar studio khas bagi Majlis Konvokesyen UKM Ke-53 pada tahun 2025.

  2. Perincian perkhidmatan jurugambar studio yang disediakan adalah seperti berikut :

      1.    
    a. Perkhidmatan Jurugambar Studio Utama
    Lokasi : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
    Tarikh Operasi : 22 November 2025 hingga 4 Disember 2025

     

      1.    
    b. Perkhidmatan Jurugambar Studio Mini
    Lokasi : Dewan Kuliah Utama, Bangunan Tun Fatimah Hashim
    Tarikh Operasi : 11 November 2025 hingga 4 Disember 2025
     
    Lokasi : Ruang Menunggu, Bangunan UKMShape
    Tarikh Operasi : 11 November 2025 hingga 7 Disember 2025

     

  3. Para graduan yang berminat untuk membuat tempahan sesi fotografi di kedua-dua atau salah satu studio berkenaan ataupun ingin mendapatkan maklumat terperinci berkaitan perkhidmatan jurugambar studio boleh terus hubungi pihak Syarikat ADH Biduanda Resources di talian 019-7973842 atau e-mel biduandastudio@gmail.com.

  4. Maklumat pakej jurugambar studio adalah seperti lampiran.