Tempahan Gambar Konvokesyen UKM

1. Graduan boleh menempah gambar atas pentas Majlis Konvokesyen UKM Ke-49 di Sistem Konvokesyen UKM mulai 22 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021 melalui Sistem Konvokesyen UKM
   
2. Pakej gambar atas pentas bagi Majlis Konvokesyen UKM Ke-49 adalah meliputi gambar seperti berikut:
  1. Gambar Atas Pentas Green Screen Pro-Match Impose (Tanpa Pelitup Muka):
    • 1 x ukuran 5R.
    • 1 x ukuran 8R.
    • 1 x ukuran 11R.
  2. Gambar Atas Pentas Secara Fizikal (Dengan Pelitup Muka):
    • 1 x ukuran 5R.
    • 1 x ukuran 8R.
    • 1 x ukuran 11R.
  3. Salinan semua gambar di dalam CD.
   
3. Sesi pengambilan gambar atas pentas akan dilaksanakan seperti jadual di bawah mulai 8 sehingga 17 November 2021, 25 November 2021 dan 27 November 2021 sehingga 8 Disember 2021.
 
Bil.Sesi Pengambilan GambarJenis GambarTarikhTempat
1.Studio Green ScreenGambar Atas Pentas Tanpa Pelitup Mukaa) 8 – 17 November 2021
b) 25 November 2021
c) 27 November 2021 – 8 Disember 2021
Dewan Kuliah, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh
2.Majlis Konvokesyen UKM Ke-49Gambar Atas Pentas Dengan Pelitup Muka27 November 2021 – 8 Disember 2021
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
   
4. Semua graduan perlu menjaga dan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan sepanjang urusan pengambilan gambar.
   
5. Graduan juga diminta memakai pakaian mengikut etika pakaian majlis konvokesyen di semua sesi pengambilan gambar atas pentas
   
6. HANYA graduan sahaja dibenarkan masuk ke dewan semasa pengambilan gambar atas pentas di semua sesi. Ibu bapa/pasangan/kanak-kanak TIDAK DIBENARKAN berada di kawasan pengambilan gambar.
   
7. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pihak JANA@UKM di talian 03-89213092 atau janaukm@ukm.edu.my.