| 1. |
Maklumat bagi urusan pemulangan jubah graduan adalah seperti berikut:
-
Semua graduan KECUALI graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Fakulti Pendidikan (FPEND).
-
Graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Fakulti Pendidikan (FPEND) SAHAJA.
|
| |
|
| 2. |
Semasa pemulangan jubah, graduan dan wakil perlu memastikan:
-
- Jubah dan topi konvokesyen (Mortarboard atau Bonnet) berada dalam KEADAAN BAIK iaitu tidak digunting, rosak atau dijahit kekal;
- Jubah dan topi konvokesyen (Mortarboard atau Bonnet) TIDAK DICUCI;
- Jubah dipulangkan bersama dengan penyangkut baju yang diberikan semasa sesi pengambilan jubah; dan
- Memulangkan semula TAG RFID* yang diterima bersama jubah semasa sesi pengambilan jubah
* Hanya untuk graduan SIDANG 12 sahaja.
|
| |
|
| 3. |
Sekiranya didapati graduan memulangkan barangan tersebut dalam keadaan rosak, digunting atau dijahit kekal graduan akan dikenakan denda seperti berikut:
| BIL. |
BUTIRAN |
KADAR DENDA |
| 1 |
Jubah Doktor Falsafah (PhD) dan Doktor Pakar |
RM1,200.00 |
| 2 |
Jubah Sarjana |
RM900.00 |
| 3 |
Jubah Sarjana Muda dan Diploma Pascasiswazah |
RM650.00 |
| 4 |
Bonnet |
RM100.00 |
| 5 |
Mortarboard |
RM50.00 |
| 6 |
Kehilangan Tag RFID |
RM50.00 |
|
| |
|
| 4. |
Graduan yang memulangkan jubah dan topi konvokesyen (Mortarboard atau Bonnet) selepas tarikh yang dinyatakan akan dikenakan CAJ PEMULANGAN LEWAT. Maklumat pemulangan lewat adalah seperti ketetapan berikut:
-
Semua graduan KECUALI graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Fakulti Pendidikan (FPEND).
| Tarikh |
: |
Bermula 5 Disember 2025 (Jumaat) |
| Masa |
: |
Isnin hingga Khamis 8.00 pagi hingga 5.00 petang, rehat jam 1.00 petang hingga 2.00 petang. Jumaat 8.00 pagi hingga 5.00 petang, rehat jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang. Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Tutup |
| Lokasi |
: |
Aras G, Bangunan Pusat Pengurusan Akademik UKM, Lingkungan 2 (https://maps.app.goo.gl/GXVeyGUs8Bkb9QmaA) |
-
Graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Fakulti Pendidikan (FPEND) SAHAJA.
| Tarikh |
: |
Bermula 8 Disember 2025 (Isnin) |
| Masa |
: |
Isnin hingga Khamis 8.00 pagi hingga 5.00 petang, rehat jam 1.00 petang hingga 2.00 petang. Jumaat 8.00 pagi hingga 5.00 petang, rehat jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang. Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Tutup |
| Lokasi |
: |
Ballroom UKMShape (https://maps.app.goo.gl/i3kKLzYbbmzH21wZ8) |
|
| |
|
| 5. |
Kadar Caj Pemulangan Lewat adalah seperti berikut:
| BUTIRAN |
KADAR CAJ |
| Hari pertama |
RM50.00 |
Hari berikutnya (tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) |
RM10.00 sehari sehingga mencapai kadar maksimum RM1,000.00 BESERTA jubah dan topi konvokesyen (Mortarboard atau Bonnet) |
| Kehilangan Jubah |
RM1,200.00 |
|
| |
|
| 6. |
Caj Pemulangan Lewat jubah dan topi konvokesyen (Mortarboard/Bonnet) perlu dijelaskan melalui Portal e-Kewangan UKM sebelum graduan dibenarkan untuk mengambil Skrol Ijazah dan Transkrip. Para graduan boleh mendapatkan kadar caj yang dikenakan semasa hadir di kaunter pemulangan jubah yang telah ditetapkan.
|
| |
|
| 7. |
Bagi urusan pengambilan Skrol Ijazah dan Transkrip, para graduan boleh klik disini.
|