BERITA ZA'BARIAN
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 68
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 68
Pada 31 Ogos 2025 ini, kita bersama-sama meraikan ulang tahun kebangsaan tanah air tercinta. Dengan tema “Malaysia Madani Rakyat Disantuni”, marilah kita menghayati erti kemerdekaan bukan sahaja sebagai kebebasan daripada penjajahan, tetapi juga sebagai komitmen untuk membina negara yang berteraskan kasih sayang, kesejahteraan, dan keadilan buat seluruh rakyat.
Warga Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 68. Semoga semangat perpaduan, hormat, dan kebersamaan terus menjadi kekuatan kita dalam mengisi kemerdekaan dengan nilai kemanusiaan dan keunggulan ilmu.
Merdeka!
Sekian, terima kasih.
Integriti, Iltizam, Ihsan
PENGETUA
DAN SELURUH WARGA KOLEJ PENDETA ZA’BA,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.