BERITA ZA'BARIAN

Ihya Ramadan @ Kolej Pendeta Za'ba


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersempena kehadiran Ramadan al-Mubarak yang penuh keberkatan, Kolej Pendeta Za’ba menganjurkan Program Ihya’ Ramadan 1447H sebagai platform untuk mengimarahkan bulan ibadah melalui pengisian rohani, ilmiah dan kebersamaan warga kolej.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ruang untuk memperkukuh iman, memperindah akhlak dan mengeratkan ukhuwah.

Antara pengisian program yang bakal dilaksanakan:

  • Tadarus Al-Quran
  • Pertandingan Video Kreatif
  • Kuiz Ramadhan
  • Solat Tarawih
  • Rewang Bubur Lambuk
  • Iftar Perdana
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Perkongsian Jumaat

Program ini terbuka kepada seluruh warga UKM dan akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.

Semoga setiap penyertaan menjadi saham akhirat dan setiap penglibatan membawa keberkatan bersama.

Sekian, terima kasih.

Menghidupkan Ramadan, membangunkan Jiwa

Terima kasih.

Integriti, Iltizam, Ihsan

PENGURUSAN
DAN SELURUH WARGA KOLEJ PENDETA ZA’BA,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Translate »