Kolej Pendeta Za'ba

 Kolej Kediaman Pelajar KPZ UKM Bangi

Kelab Ko-Kurikulum

Kelab-kelab yang terdapat di Kolej Pendeta Za’ba yang boleh disertai oleh para pelajar:

  1. Kelab Usahawan Kolej Pendeta Za’ba (KUPENZA)
    Aktiviti kelab ini memfokuskan kepada pemupukan semangat keusahawanan kalangan pelajar dan menganjurkan pelbagai program keusahawanan seperti jualan, seminar keusahawanan, lawatan sambil belajar ke pusat keusahawan yang berjaya serta program khusus Business Is My Passion (BIMP). Ahli-ahli KUPENZA bergiat aktif menyertai perniagaan di sekitar kampus UKM. Budaya keusahawanan ahli  KUPENZA direalisasikan melalui perniagaan runcit di bawah Koperasi Kolej Pendeta Za’ba yang lebih dikenali dengan Students Mart.


  2. Kelab Artiz
    Kelab ini menjadi wadah kepada mereka yang berminat dengan aktiviti seni dan kebudayaan untuk mengenengahkan bakat atau menjadikannya sebagai hobi yang berfaedah. Ia juga menyediakan jurulatih yang berpengalaman untuk pelajar mengasah bakat mereka dalam aktiviti seperti nasyid, tarian, nyanyian, teater, pantun, dikir barat dan muzik. Ahli-ahli kelab Artiz sentiasa dijemput untuk mempersembahkan bakat mereka pada peringkat UKM atau kebangsaan. Mereka juga kerap memenangi acara-acara yang dipertandingkan pada peringkat universiti.


  3. KPZ All Stars
    Ia adalah sebuah kelab yang memfokuskan kepada aktiviti sukan dan rekreasi. Para pelajar yang berminat dengan sukan dan rekreasi menjadikan kelab ini sebagai wadah untuk mengasah bakat kesukanan pada peringkat universiti. Kelab ini juga berpungsi sebagai search team yang utama di KPZ dalam mencari bakat baru untuk diketengahkan dalam Sukan antara Kolej UKM (SUKEM) dan pertandingan-pertandingan lain.


  4. Kelab Kebudayaan Tiong Hua
    Kelab yang berorientasikan kaum Tiong Hua ini digerakkan oleh para pelajar bangsa Tiong Hua yang menetap di KPZ. Mereka secara aktif menganjurkan beberapa program seperti Malam Amal serta kerja amal di rumah anak yatim dan orang tua. Kelab ini juga bergiat aktif menghidupkan kembali tradisi kebudayaan masyarakat Tiong Hua seperti Tarian Naga, Pesta Ang Pow dan kaligrafi Cina. Program-program yang dianjurkan mereka mendapat sambutan hangat daripada penghuni-penghuni kolej lain.


  5. Kelab Senthamil Kalagam
    Kelab ini berorientasikan para pelajar masyarakat India yang tinggal di KPZ. Antara aktiviti utama yang dianjurkan mereka seperti Hari Perpaduan, Pesta Ponggal dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Ia juga menyediakan kelas tarian India untuk para pelajar yang berminat serta menyertai pertandingan dan persembahan yang dianjurkan di UKM.


  6. Kelab Teknikal dan Protokol (KPro)
    Kelab ini merupakan tulang belakang kepada program-program yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) atau kelab-kelab di KPZ. Kpro berfungsi melatih para pelajar dengan pengetahuan teknikal dan kekemasan struktur dalam penganjuran sesuatu program. Mereka melahirkan usher-usher yang berkemahiran tinggi dan beretiket cemerlang dalam upacara-upacara resmi.


  7. Kelab Perwira
    Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 yang mempunyai objektif utama menjadi  support group kepada program anjuran kolej dan pengurusan kolej dan juga pihak Universiti. Ia menjadi tonggak di sebalik kepada kejayaan pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai kelab di KPZ. Kelab ini juga secara langsung terlibat dalam menjayakan program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Prinsip asas ahli-ahli kelab ini ialah mempertahankan keutuhan agama, bangsa dan negara berdasarkan Prinsip Rukunegara.
Translate »