Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Ariff Sabrie Ahmad @ Hashim, Penolong Pegawai Tadbir N5, Kolej Pendeta Za’ba atas segala sumbangan, komitmen dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat di kolej ini.
Seluruh warga Kolej Pendeta Za’ba merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada beliau atas pelantikan sebagai Ketua Pentadbiran di Kolej Burhanuddin Helmi, UKM yang akan berkuat kuasa pada 9 Mac 2026.
Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan di tempat baharu. Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan.
Sekian, terima kasih.
Integriti, Iltizam, Ihsan
PENGURUSAN DAN SELURUH WARGA KOLEJ PENDETA ZA’BA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.