BERITA ZA'BARIAN

Tahniah dan Selamat Datang ke KPZ

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Seluruh warga Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Puan Nur Fatihah Mohmad Yazid atas pelantikan sebagai Penolong Pegawai Tadbir N5 di Kolej Pendeta Za’ba yang berkuat kuasa pada 9 Mac 2026.

Warga kolej dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran beliau dan berharap agar pengalaman serta komitmen yang dibawa dapat terus memperkasa kecemerlangan perkhidmatan dan pembangunan Kolej Pendeta Za’ba pada masa hadapan.


Semoga beliau terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Integriti, Iltizam, Ihsan

PENGURUSAN
DAN SELURUH WARGA KOLEJ PENDETA ZA’BA,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Translate »