TIMBALAN PENGETUA
DR. KAMARUL AFIZI BIN KOSMAN
Merupakan Timbalan Pengetua Kolej Rahim Kajai, UKM. Beliau juga merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina dan Alam Bina (SERAMBI), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Bina pada tahun 2000, diikuti Ijazah Sarjana Seni Bina pada tahun 2006, dan seterusnya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2011. Bidang kepakaran beliau merangkumi sejarah dan teori seni bina, identiti seni bina kebangsaan, seni bina tradisional Melayu serta pendidikan seni bina. Beliau aktif dalam penyelidikan rentas sempadan dan telah menghasilkan pelbagai penerbitan akademik termasuk jurnal terindeks, buku, bab dalam buku dan prosiding.
Email: kamarulafizi@ukm.edu.my