BULETIN SISWA: MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PEWARIS WATAN KOLEJ TUN DR. ISMAIL & SUMBANGAN DANA PENYELIDIKAN KEPADA FAKULTI PERUBATAN

  

Mac 2023 – Kolej Tun Dr. Ismail melalui Majlis Eksekutif Pelajar telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Pewaris Watan Kolej Tun Dr. Ismail dan Sumbangan Dana Penyelidikan Kepada Fakulti Perubatan bertempat di Blok Tambahan Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, UKM Cheras.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhq. Prof Ts. Dr.Norinsan Kamil Othman, Pengarah Pusat Hal EhwalPelajar selaku wakil rasmi YBhg. Prof. Madya Dr.Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal EhwalPelajar dan Alumni. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs.Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah TimbalanDekan Prasiswazah Fakulti Perubatan, YBrs. Prof.Madya Dr. Mohd Fauzi Mh Busra Pengarah Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif(CTERMS) Fakulti Perubatan, YBhg. Prof. Dr. MohdRazif Mohamad Yunus Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail,barisan pengetua-pengetua kolej kediaman danPusat Perumahan Pelajar Universiti KebangsaanMalaysia.

Majlis ini merupakan sebuah majlis serahan sumbangan zakat oleh seorang penderma kepada pelajar serta dana penyelidikan kepada Fakulti Perubatan UKM. Secara umumnya, sumbangan ini telah diamanahkan kepada pihak Kolej Tun Dr. Ismailuntuk menguruskan majlis penyerahan sumbangantersebut. Bantuan yang diberikan kepada pelajar adalah berbentuk alat bantu belajar seperti stetoskop dan baju seragam kejururawatan yang dijangka dapat membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan. Suntikan dana penyelidikan kepada fakulti pula dijangka mampu menjadi sebagai sebuah fakulti pula dijangka mampu menjadi sebagai sebuah batu loncatan khususnya kepada para penyelidik di Fakulti Perubatan bagi membolehkan mereka untuk mengejar penyelidikan yang mendesak,memperluasan pengetahuan, dan meningkatkan keberkesanan rawatan.

Pihak universiti berharap agar penerima sumbangan dapat meningkatkan kemajuan diri dalam pembelajaran dan mencapai kejayaan pada masa hadapan. Semoga sumbangan ini bukan hanya sekadar bantuan namun menjadi inspirasi untuk terus berusaha demi kemajuan bidang perubatan.Diharapkan usaha yang telah dilakukan akan memberi impak yang positif kepada masyarakat dan membawa kebaikan kepada manusia secarakeseluruhan.

#TERASwatankita
#SayaSayangUKM
#IlmuMutuBudi
#KTDIUKM