Kolej Tun Hussein Onn berhasrat untuk menubuhkan sebuah wakaf khas yang mensasarkan pembelian/pendanaan untuk menaiktaraf Surau Qasrul Muttaqin Kolej Tun Hussein Onn.
Pihak pengurusan KTHO mempunyai enam cadangan utama dalam menambahbaik Surau Qasrul Muttaqin.
Memasang karpet baharu untu Surau. Cadangan pemasangan karpet yang umumnya digunakan di masjid-masjid atau Surau yang mempunyai barisan saf yang sedia ada bagi memudahkan lagi penyusunan saf solat selain selesa untuk digunakan.
Menukar sistem Siaraya yang baharu. Ini bagi menggantikan alat siaraya yang telah rosak dan telah pun usang. Penggantian ini membolehkan laungan azan, iqamat dan penyampaian maklumat menerusi tazkirah dan perkongsian ilmu dapat disampaikan dengan jelas bukan sahaja kepada warga KTHO.
Penghadang antara Ruang Solat lelaki dan perempuan. Ini kerana penghadang solat yang kukuh dan mudah alih dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada jemaah di surau seperti penyampaian kuliah dan tazkirah. Selain itu, ia dapat menjaga aurat muslimat dengan baik.
Ruang wudhuk lelaki dan perempuan. Ini bertujuan meningkatkan keselesaan dan memudahkan jemaah mengambil air wudhuk di surau.
Penambahbaikan balkoni surau. Ini bertujuan menjadikan ruang solat kedua seandainya ruang solat utama penuh. Selain itu, dengan adanya awning, kerusi dan meja, ruang balkoni ini boleh dijadikan tempat untuk jemaah duduk dan mengulangkaji atau menjalankan perjumpaan dan sebagainya.