PASUKAN PERBARISAN HARI MALAYSIA KTHO 2017

Pada 18 September 2017 telah berlangsung Pertandingan Perbarisan bersempena Hari Malaysia 2017 peringkat Universiti kebangsaan Malaysia, UKM. Pertandingan ini telah disertai oleh semua kolej yang terdapat di UKM.

Pasukan Perbarisan daripada Kolej Tun Hussein Onn, KTHO telah berjaya mendapatkan tempat dengan dinobatkan Anugerah Pasukan Perbarisan Harapan. Pasukan Perbarisan Hari Malaysia KTHO ini melibatkan lebih daripada 60 orang peserta dibawah bimbingan Majlis Eksekutif Pelajar, MEP ( Eksekutif Kebudayaan) KTHO.

Semoga dengan dinobatkan Anugerah Harapan ini, dapat menaikkan lagi semangat bertanding untuk sesi yang akan datang. KTHO Gempur!