MALAM PENGENALAN KELAB – WADAH PELAJAR TAHUN 1 BERORGANISASI

Malam Pengenalan Kelab (MPK) telah berjaya dijalankan sebagai program pertama bagi sesi 25/26. Program ini menghimpunkan seramai 470 orang pelajar, terdiri daripada pelajar Tahun 1 dan ahli organisasi kelab KTSN.

Objektif utama penganjuran ini adalah untuk memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar Tahun 1 berkenaan semua kelab dan pasukan yang wujud di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). Ia juga berfungsi sebagai ruang utama kepada kelab dan pasukan untuk mempromosikan aktiviti mereka dan menarik minat pelajar baharu agar bergiat aktif di kolej, sekali gus membantu melahirkan pelajar yang berpengalaman dalam berorganisasi.

Bagi memastikan keterangkuman, MPK turut dilaksanakan atas talian, sekali gus memberi ruang kepada pelajar ambilan kedua untuk turut mendaftar kelab pilihan mereka.