FESTIVAL UNGKU OMAR (UOFEST) 2023

Ungku Omar Festival merupakan salah satu program tahunan Kolej Ungku Omar yang telah mula dianjurkan sejak tahun 2022 yang lepas. Julung kali diadakan bagi memupuk semangat keusahawanan mahasiswa/i yang terlibat, UOFEST kali ini turut berkolaborasi bersama pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Pengurusan Komunikasi, FSSK UKM dengan membawakan Bual Bicara Seminar Komunikasi Antarabudaya sebagai sorotan utama program tersebut.

Program ini juga telah menyediakan beberapa tapak jualan buat vendor-vendor luar bagi membantu kolej untuk menjana keuntungan semaksimum yang mungkin. Selain itu, UOFEST tidak ketinggalan dalam membawa kembali Rumah Hantu UOFEST sebagai tarikan utama festival yang berjalan selama tiga hari tersebut bermula daripada 2 hingga 4 jun 2023. Pardus VeloRun, Engage Day with IQRA’ (EDWI), konsert Malam Patah Hati dan mini funfair juga turut diadakan secara bersamaan dan telah membantu memeriahkan lagi program terbabit.