KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (SUKEM) 2022

Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) merupakan satu platform tahunan yang dianjurkan oleh pihak universiti untuk mengasah bakat sukan pelajar melalui pelbagai jenis pertandingan sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Bagi sesi 2022 kali ini, acara-acara sukan dalam SUKEM telah diasingkan kepada 4 fasa secara berperingkat yang bermula dengan fasa 1 pada bulan November 2022 yang lepas sehinggalah ke fasa 4 yang terakhir, pada bulan Januari 2023.

Para atlet Kolej Ungku Omar telah berjaya merangkul sebanyak 4 pingat emas, 10 pingat perak dan 5 pingat gangsa secara keseluruhan. Kemenangan tersebut adalah melibatkan acara hoki, ragbi 7 sebelah, bola tampar, bola baling, futsal, silat, taekwondo, renang, dan juga olahraga. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang sukan yang telah mengharumkan nama Kolej Ungku Omar dalam kejohanan SUKEM 2022 ini.