Latihan Kawad Kebakaran

Majlis Eksekutif Pelajar telah menganjurkan Latihan Kawad Kebakaran ini supaya dapat memberi pendedahan kepada penghuni tentang keselamatan semasa berada di Kolej Ungku Omar. Program ini diadakan untuk melatih mahasiwa/i untuk peka dengan keadaan sekeliling terutama dalam keadaan kecemasan. Oleh itu, program iniĀ  dijalankan secara spontan untuk melatih mahasiswa/i bertindak dalam keadaan yang genting. Turut bersama-sama pelajar anggota bomba dan penyelamat, polis dan anggota Bulan Sabit Merah Malaysia. Pihak bomba telah mendemostrasikan cara-cara mengawal kebakaran menggunakan alat pemadam api.