Minggu Mesra Mahasiswa 2019/2020

Minggu Mesra Mahasiswa secara umumnya diadakan pada setiap minggu pertama kemasukan pelajar baru ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada minggu pengenalan ini, para pelajar tahun satu akan dibantu oleh pemudahcara yang terdiri daripada ahli MEP dan beberapa orang pelajar kolej yang telah dilantik secara rasmi untuk membantu melancarkan program ini. Pihak pentadbiran Kolej Ungku Omar (KUO) telah melantik semua pemudahcara ini. Bertemakan, kami berharap agar minggu ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar lama dan pelajar baru dalam membina satu persefahaman komunikasi. Dalam minggu ini, telah disertakan beberapa program khas untuk merapatkan ukhwah antara pelajar. Antaranya ialah Majlis Tahlil dan Forum yang akan diadakan pada malam terakhir Minggu Mesra Mahasiswa serta Majlis Ramah Mesra yang bertujuan untuk memudahkan para pelajar berkenalan sesama mereka. Antara program lain adalah Bicara Alumni, Slot Bersama Pemimpin dan sebagainya. Program ini dirancang bagi membuka minda para pelajar tentang Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan adanya beberapa program ini diharapkan Minggu Mesra Mahasiswa sesi 2019/2020 peringkat Kolej Ungku Omar berjaya dilaksanakan dengan penuh gemilang.