Perarakan Maulidur Rasul ’19

Hari keputeraan Nabi Muhammad SAW diraikan penuh bermakna pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2019, sekali gus memberi inspirasi kepada warganya untuk mengikut acuan Baginda dalam segenap aspek kehidupan.

Dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul oleh seawal jam lapan pagi, seramai 2,000 warga UKM mewakili kumpulan kakitangan dan pelajar berarak sambil mengalunkan selawat menuju ke lokasi sambutan, iaitu Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM. Turut mewakili Kolej Ungku Omar adalah pelajar dan juga kakitangan kolej dalam menjayakan program yang mulia ini.

Majlis sambutan tahunan bertema Menyantuni Umat Membawa Rahmat itu menunjukkan kesatuan dan kemuafakatan seperti ajaran islam dibawa Rasulullah SAW dalam dakwahnya, sekali gus dipraktikkan apabila semua pengisian berjaya dilaksanakan dengan baik.

Ia acara kemuncak bagi sambutan Maulidur Rasul yang sebelumnya dipenuhi pelbagai program termasuk Festival Kesenian Islam 2019.

Antara acara dipertandingkan sepanjang berlangsung Festival Kesenian Islam 2018 ialah pertandingan hafazan, syarahan, tilawah al-Quran, khat, reka poster infografik, reka cipta video pendek mengenai Rasulullah SAW, nasyid dan esei.