Pesta Tangglung Kolej Ungku Omar 19/20

Pada 17 November 2019, Kelab Mandarin Kolej Ungku Omar telah mengadakan Pesta Tangglung bertempat di Kolej Ungku Omar. Pesta Tangglung ini diadakan sempena meraikan perayaan kaum cina. Mereka percaya bahawa perayaan ini bertujuan untuk menuaikan hubungan positif di antara orang, keluarga, semulajadi dan makhluk lebih tinggi yang mereka memberpcayai bertanggung jawab untuk membawa/mengembalikan cahaya tiap tahun. Dihadiri oleh pelbagai lapisan bangsa dari kalangan mahasiswa Kolej Ungku Omar seterusnya dapat memupuk semangat perpaduan dalam kolej. Pesta Tangglung ini biasanya disambut dengan perarakan sambil membawa tangglung bersama rakan-rakan ataupun keluarga.