STUDENT-ATHLETE TALENT SHOW

Program Student-Athlete Talent Show adalah sebuah program untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat sukan mereka. Program ini dapat menunjukkan bahawa mahasiswa bukan sahaja cemerlang dalam aspek akademik tetapi juga dalam aspek sukan. Tema ‘Kreatif Dalam Norma Baharu’ dipilih bagi menekankan kreativiti menggunakan teknologi atau media digital untuk menyerlahkan bakat sukan dalam norma baharu ini.