KOLEJ UNGKU OMAR

 KUO

Sejarah Kolej Ungku Omar

Kolej Ungku Omar dibina pada 23 jun 1976 dan siap pada 7 Januari 1978 dengan keluasan 220 kaki persegi. Kolej Ungku Omar mempunyai empat blok asrama, 23 blok pangsasiswa dan tiga blok pangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang penghuni.

Dengan akronim KUO, kolej ini dinamakan sempena seorang tokoh perubatan Negara – Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar bin Ahmad. Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kluang.

Beliau adalah seorang yang prolifik menghasilkan 40 kertas kerja dalam bidang perubatan. Prinsip “kesihatan itulah kemajuan” dan “tak sihat manakan maju” telah ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam perubatan Negara. Antara sumbangan signifikan beliau yang lain ialah peranan besar dalam penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 ketika berusia 38 tahun.

Lokasi Kolej Ungku Omar berdekatan dengan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) serta dengan bangunan kemudahan seperti Pusanika, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Pusat Kesihatan menjadikan Kolej Ungku Omar sebagai salah satu kolej yang menjadi rebutan tempat tinggal pelajar.

Selain itu, prasarana Kolej Ungku Omar lengkap dengan kedai fotostat, kedai dobi, C-mart, kafeteria, pusat siber, pusat sumber, bilik ICT dan kemudahan beriadah seperti gimnasium, gelanggang bola keranjang, sepak takraw, badminton, dan skuasy.

Pelajar Kolej Ungku Omar aktif dalam pelbagai aktiviti dan sering meraih kejayaan dalam bidang akademik, sukan dan kebudayaan. Sekretariat dan kelab-kelab yang ditubuhkan menjadi pelantar bagi pelajar Kolej Ungku Omar menyerlahkan bakat-bakat mereka.

Translate »