KOLEJ UNGKU OMAR

 KUO

KELAB KO-KURIKULUM

Kelab-kelab yang terdapat di Kolej Ungku Omar yang boleh disertai oleh para pelajar:

1. XTREME-C
Merupakan satu kelab yg didaftarkan di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang memfokuskan aktiviti sukan lasak dan riadah. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2002 dan menggunakan “Esprit de Corps” iaitu semangat setiakawan, sebagai motto kelab ini untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam setiap ahli. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mendaki, “offroad cycling” 30 kilometer, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti-aktiviti sukan. Selain itu, kelab ini turut bekerjasama dengan Majlis Eksekutif Pelajar KUO dalam menjayakan program-program kolej seperti Anak Muda Nadi Malaysia (NADI) dan Malam Apresiasi Cemerlang KUO. Kelab yang sering diundi sebagai Kelab Terbaik ini turut dikenali sebagai tulang belakang kolej kerana sering membantu pentadbiran kolej secara langsung mahupun tidak langsung.
2. PERMANA PARDUS
Permana Pardus atau bermaksud “permata yang tidak ternilai merupakan satu Kelab Kebudayaan yang ditubuhkan di Kolej Ungku Omar. Asalnya, kelab kebudayaan dikenali dengan nama SEPET ( Seni Pementasan Teater ) yang pada awalnya hanya membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk merasai pengalaman dalam seni lakonan mahupun belakang tabir. Kini, Permana Pardus lebih luas dengan adanya kepelbagaian seni kebudayaan yang lain seperti seni tari, seni nyanyian, seni lakon, seni muzik, pengurusan seni dan lain2. Dengan slogan ” The Rise of Permana” , Kelab ini akan terus berusaha bagi meningkatkan lagi nama serta produktiviti pada masa kini dan selamanya.
3. BSMM Detachment 88C KOLEJ UNGKU OMAR
Bsmm adalah sebuah persatuan yang bertujuan memperkenalkan pelajaran asas pertolongan cemas termasuk fungsi-fingsi ubat, cara rawatan luka dan cedera, dan akibat lain tertentu.Latihan berbentuk praktikal akan diperkenalkan khususnya dalam mempelajari jenis-jenis balutan dan fungsinya.Objektif persatuan ini adalah melatih dan melahirkan ahli BSMM yang berpengetahuan mengenai ilmu pertolongan cemas , menyediakan perkhidmatan pertolongan cemas kepada semua warga penghuni kolej, dan meningkatkan tahap kesedaran penghuni kolej tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
4. KELAB IQRA
Kelab Iqra Kolej Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 2008/2009 hasil cebisan idea mantan-mantan YDP Kelab Iqra’ ketika itu dalam mengembalikan mahasiswa khususnya penghuni Kolej Ungku Omar dalam membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Antara matlamat utama kelab ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang celik al-Quran. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa rational penubuhan Kelab Iqra’ iaitu menyedari hakikat kurangnya penumpuan Al-Quran dalam kelab-kelab berunsurkan keislaman yang ada di kolej ini. Selain itu juga ingin menjadikan kelab ini sebagai satu ‘platform’ untuk kemudahan pelajar mempelajari segala selok-belok berkaitan dengan Al-Quran sebagai teras tanpa mencampuradukkan kegiatan yang tidak bertepatan dengan agenda penubuhan kelab ini. Misi bagi Kelab iqra ialah “Membaca, Memahami, Mengamalkan”. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan setiap sem sebagai contoh, Hari Interaksi Kelab, Penghayatan al-Quran, iftar dan pelbagai lagi program menarik yang diadakan.
Translate »