KOLEJ UNGKU OMAR

 KUO

Aluan Pengetua

Prof. Madya Dr. Mohd Nor Shahizan Ali

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Kuasa. Laman sesawang Kolej Ungku Omar menyajikan informasi mengenai tadbir urus kolej serta kisah dan perjalanan hidup warga Kolej Ungku Omar. Alhamdulillah pengurusan Kolej Ungku Omar sesi ini terus mantap sementara barisan FELO dan MEP pula bersatu hati membantu pentadbiran menguruskan penempatan kira-kira 1000 pelajar di kolej ini.

Laman sesawang Kolej Ungku Omar ini juga memperlihatkan banyak inovasi dan penjanaan dengan tumpuan program ke arah kebajikan komuniti dan warga kolej. Tahniah daripada saya kepada semua warga Kolej Ungku Omar. Marilah kita bersatu mengukuhkan moto perjuangan kolej iaitu “Berpadu Bertambah Mutu”. Suka cita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Felo dan Mep Informasi dan Penerbitan, pentadbiran kolej, serta terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan sehingga Kolej Ungku Omar ini dikenali orang ramai.

Laman sesawang ini sebenarnya menjadi wadah perkongsian kejayaan dan kronologi aktiviti KUO dari segi kepimpinan, kesukarelawanan, akademik, ko-kurikulum dan sahsiah. Pencapaian yang cemerlang ini membuktikan kehebatan dan semangat utuh warga kolej dalam memberikan sepenuh komitmen, perancangan yang kemas, usaha yang konsisten, matlamat yang murni lagi jelas, keseimbangan lahiriah dan rohaniah serta dalam mengekalkan tradisi kecemerlangan KUO.

Sekian, terima kasih.
“BERPADU BERTAMBAH MUTU”

Translate »