TiTle

‘Didik Sawit’ berasaskan Web bagi Pembelajaran Pengenalan Industri Sawit kepada Pelajar Sekolah Menengah

Share This Research

Share on facebook
Share on twitter
Share on email

Kelapa sawit merupakan antara tanaman di sektor pertanian yang menyumbang kepada ekonomi negara. Ini menjadikan kelapa sawit antara salah satu komoditi penting di negara ini. Industri sawit berjaya menghasilkan pelbagai jenis produk antaranya minyak kelapa sawit yang menjadi eksport utama negara. Namun pelbagai cabaran yang dihadapi dalam industri ini antaranya harga kelapa sawit yang kurang stabil, persaingan antara pengeluar minyak yang lain dan kurang tenaga kerja dalam industri ini. Kekurangan tenaga kerja dalam industri ini disebabkan oleh kurangnya maklumat, serta pendedahan mengenai industri sawit terhadap generasi muda. Oleh itu, amat penting untuk memberikan pendedahan awal dan maklumat yang tepat terutama kepada pelajar sekolah menengah supaya mempunyai tahap ilmu pengetahuan yang tinggi dan cenderung untuk menceburi industri ini.

Menyedari akan keperluan bagi mendedahkan pelajar sekolah menengah dalam industri sawit, satu kaedah yang sesuai bagi tujuan penyampaian maklumat perlu dibangunkan. Ini bagi memastikan maklumat berkaitan industri sawit dapat diperoleh generasi masa kini. Pada tahun 2019, kerajaan telah melancarkan kempen ‘Sayangi Sawitku’. Kempen ini disarankan agar diperluaskan ke peringkat sekolah (Sinar Harian, 2019). Bagi menyahut kempen tersebut, pihak sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menerapkan pendidikan berkenaan pengenalan industri sawit di kalangan pelajar sekolah. Pendedahan di peringkat awal secara tidak langsung akan membuka minda dan menggalakkan pelajar sekolah untuk menceburi industri ini pada masa akan datang. Selari dengan perkembangan teknologi digital masa kini serta sasaran pelajar sekolah generasi Z, kaedah pembelajaran secara atas talian dan interaktif akan digunakan sebagai kaedah pembelajaran pengenalan industri sawit di sekolah. Justeru, laman web ‘Didik Sawit’ yang berasaskan infografik serta interaktif diperkenalkan dalam penyelidikan ini bagi membantu sesi pembelajaran pengenalan industri sawit di sekolah. ‘Didik Sawit’ dibangunkan menggunakan model AGILE yang melibatkan enam fasa iaitu perancangan, analisis, reka bentuk, pembangunan, pengujian serta pelaksanaan dan penilaian.

For further information: shahrina@ukm.edu.my

More To Explore