TiTle

Pengaruh Norma Baharu COVID19 ke atas Tadbir Urus Koperasi Sawit Dan Kesannya kepada Daya Inovasi dan Prestasi Koperasi

Share This Research

Share on facebook
Share on twitter
Share on email

Industri kelapa sawit memainkan peranan yang amat besar kepada ekonomi Malaysia. Industri sawit telah banyak membantu membangunkan sosio ekonomi masyarakat luar bandar khususnya pekebun kecil. Hal ini dicapai apabila pekebun kecil bergerak secara kelompok membentuk koperasi sawit. Industri sawit Malaysia menempuh pelbagai cabaran. Antara cabaran berkenaan termasuk manipulasi orang tengah, kos transaksi yang tinggi, kekurangan tenaga kerja, modal yang tidak mencukupi bagi pekebun kecil, hasil buah tandan segar yang rendah dan ketidakcekapan pengurusan pekebun kecil. Oleh itu kebanyakkan pekebun kecil bergerak secara kolektif dengan menjadi ahli koperasi yang dapat membantu menanggani masalah tersebut. Secara umumnya pekebun kecil mempunyai pilihan untuk menjadi ahli koperasi FELDA, FELCRA atau di bawah koperasi persendirian.  Pada tahun 2020, industri sawit negara menerima kejutan pasaran dengan kemunculan normal baharu akibat pandemik Covid19. Sehubungan dengan itu, muncul persoalan iaitu bagaimanakah koperasi dan pekebun kecil mengurus dan mentadbir aktiviti pengeluaran dan penjualan hasil sawit mereka untuk mencapai objektif prestasi yang baik dalam situasi normal baharu.  Kajian lepas mencadangkan isu yang melibatkan tadbir urus dan daya inovasi dilihat dengan lebih dekat kerana ia adalah faktor kritikal dalam menangani cabaran kejutan pasaran, perubahan lanskap perniagaan dan isu yang kompleks bagi mencapai prestasi. Objektif kajian ini adalah untuk menyelidik pengaruh normal baharu terhadap amalan tadbir urus koperasi sawit di atas.  Khususnya kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana interaksi di antara amalan tadbir urus dan normal baharu mempengaruhi daya inovasi dan prestasi koperasi sawit. Konteks kajian adalah koperasi dan pekebun kecil yang menggunakan kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif bagi pengumpulan data. Analisis data terdiri daripada exploratory factor analysis dan confirmatory factor analysis. Hipotesis kajian akan diuji menggunakan NVivo/ATLAS, SPSS and permodelan persamaan berstruktur (SmartPls/AMOS). Kajian ini akan menghasilkan antaranya satu artikel jurnal terindeks, satu buku penyelidikan dan satu kertas polisi/dasar. For further information: mddaud@ukm.edu.my

More To Explore