MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Pertandingan Video Pendek

Malaysia dikenali sebagai salah sebuah negara pengusaha komoditi sawit terkemuka di peringkat antarabangsa. Hal ini jelas dapat dilihat kerana industri sawit merupakan salah satu tonggak utama ekonomi negara. Pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat juga dilihat semakin maju dalam industri ini dengan pendapatan eksport sawit yang tinggi setiap tahun dan peluang pekerjaan yang telah berjaya dibina.

Penggunaan sawit sangat meluas sebagai bahan pembuatan makanan, kosmetik, perabot, bahan pencuci dan sebagainya. Menyedari kepentingan dan peranan besar yang dimainkan oleh industri sawit negara, Kursi Endowmen MPOB-UKM telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Pertandingan Merekacipta Video Pendek yang bertemakan ‘Sawit Nadi Kehidupan’ bagi meningkatkan kesedaran golongan muda untuk menghargai sumbangan industri sawit kepada negara.

Tema ‘Sawit Nadi Kehidupan’ dipilih bagi memupuk kecintaan dan kebanggaan golongan muda terhadap sawit dengan mengekspresikan idea yang kritis, kreatif dan inovatif melalui merekacipta video pendek. Untuk makluman, pertandingan ini terbuka kepada golongan muda yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan pelajar pra universiti/universiti.

Jom sertai! Hadiah menarik menanti pemenang yang berjaya.

Tempoh Pertandingan

  • Tempoh pertandingan adalah selama satu (1) bulan bermula 4 Oktober 2021 hingga 4 November 2021.
  • Tarikh tutup penyertaan dan penghantaran video adalah sebelum atau pada 4 November 2021 (sebelum jam 5.00 petang). Pihak penganjur berhak menolak penyertaan selepas tarikh tutup.

Terma & Syarat

MAKLUMAT PERTANDINGAN  

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia. Pertandingan ini mempunyai 2 kategori berikut:
          Kategori A : Pelajar Sekolah Menegah (berumur 13 hingga 17 tahun)
          Kategori B : Pelajar Peringkat Pra Universiti/ Universiti (berumur 18 hingga 24 tahun)
  • Penyertaan adalah secara percuma dan terbuka secara individu, atau berkumpulan maksimum tiga (3) orang termasuk ketua kumpulan. Bagi penyertaan secara berkumpulan, semua ahli hendaklah dalam kalangan umur yang sama.
  • Tema pertandingan adalah “Sawit Nadi Kehidupan” / “Palm Oil, the Source of Life”
  • Peserta digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi sendiri untuk menghasilkan video pendek yang dapat menarik minat penonton dalam menghayati sumbangan industri sawit kepada pembangunan sosio-ekonomi di Malaysia serta meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap khasiat dan kebaikan minyak sawit kepada kesihatan.
  • Peserta boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  • Video pendek yang dihasilkan hendaklah berdurasi 2 minit atau tidak lebih daripada 4 minit.
  • Peserta dikehendaki untuk menyediakan sinopsis/ringkasan isi kandungan video tidak lebih daripada 300 patah perkataan dalam file Ms. Word.
  • Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli dan tidak menceroboh mana-mana hak cipta orang lain. Semua muzik yang digunakan juga hendaklah berstatus bebas royalti dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
  • Hasil karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan tidak menghina mana-mana pemimpin dan individu.
  • Semua penyertaan tidak dibenarkan memuat naik ke mana-mana portal/laman web/laman sosial sebelum mendapat kebenaran penganjur.
  • Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah dihantar untuk pertandingan video peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

TUNTUTAN HAK CIPTA

  • Kursi Endowmen MPOB-UKM berhak menggunakan video penyertaan untuk bentuk promosi berkaitan sawit
  • Kursi Endowmen MPOB-UKM berhak untuk membuat suntingan terhadap video penyertaan bagi tujuan penyelidikan, pendidikan, penyiaran dan promosi berkaitan sawit

Panduan Penghantaran
Muat turun panduan penghantaran video disini


Hadiah dan Keputusan Pertandingan

  • Tawaran hadiah adalah seperti berikut:

  • Semua peserta yang berdaftar dan menghantar hasil karya video akan menerima sijil penyertaan peringkat kebangsaan.
  • Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan kreativiti serta kualiti video oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur.
  • Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan emel.
  • Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan

Borang Penyertaan

Individu












Berkumpulan














Tempoh Pertandingan
Terma & Syarat
Panduan Penghantaran
Hadiah dan Keputusan Pertandingan
Borang Penyertaan
Tempoh Pertandingan

  • Tempoh pertandingan adalah selama satu (1) bulan bermula 4 Oktober 2021 hingga 4 November 2021.
  • Tarikh tutup penyertaan dan penghantaran video adalah sebelum atau pada 4 November 2021 (sebelum jam 5.00 petang). Pihak penganjur berhak menolak penyertaan selepas tarikh tutup.

Terma & Syarat

MAKLUMAT PERTANDINGAN  

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia. Pertandingan ini mempunyai 2 kategori berikut:
          Kategori A : Pelajar Sekolah Menegah (berumur 13 hingga 17 tahun)
          Kategori B : Pelajar Peringkat Pra Universiti/ Universiti (berumur 18 hingga 24 tahun)
  • Penyertaan adalah secara percuma dan terbuka secara individu atau berkumpulan maksimum tiga (3) orang termasuk ketua kumpulan. Bagi penyertaan secara berkumpulan, semua ahli hendaklah dalam kategori umur yang sama.
  • Tema pertandingan adalah “Sawit Nadi Kehidupan” / “Palm Oil, the Source of Life”
  • Peserta digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi sendiri untuk menghasilkan video pendek yang dapat menarik minat penonton dalam menghayati sumbangan industri sawit kepada pembangunan sosio-ekonomi di Malaysia serta meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap khasiat dan kebaikan minyak sawit kepada kesihatan.
  • Peserta boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  • Video pendek yang dihasilkan hendaklah berdurasi 3 minit atau tidak lebih daripada 5 minit.
  • Peserta dikehendaki untuk menyediakan sinopsis/ringkasan isi kandungan video tidak lebih daripada 100 patah perkataan dalam file Ms. Word.
  • Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli dan tidak menceroboh mana-mana hak cipta orang lain. Semua muzik yang digunakan juga hendaklah berstatus bebas royalti dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
  • Hasil karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan tidak menghina mana-mana pemimpin dan individu.
  • Semua penyertaan tidak dibenarkan memuat naik ke mana-mana portal/laman web/laman sosial sebelum mendapat kebenaran penganjur.
  • Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah dihantar untuk pertandingan video peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

TUNTUTAN HAK CIPTA

  • Kursi Endowmen MPOB-UKM berhak menggunakan video penyertaan untuk bentuk promosi berkaitan sawit
  • Kursi Endowmen MPOB-UKM berhak untuk membuat suntingan terhadap video penyertaan bagi tujuan penyelidikan, pendidikan, penyiaran dan promosi berkaitan sawit

Panduan Penghantaran
Muat turun panduan penghantaran video disini


Hadiah dan Keputusan Pertandingan

  • Tawaran hadiah adalah seperti berikut:
  • Semua peserta yang berdaftar dan menghantar hasil karya video akan menerima sijil penyertaan peringkat kebangsaan.
  • Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan kreativiti serta kualiti video oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur.
  • Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui telefon dan emel.
  • Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.

Borang Penyertaan

Individu












Berkumpulan