{"id":10227,"date":"2024-05-22T14:29:53","date_gmt":"2024-05-22T06:29:53","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/?post_type=research-custom&#038;p=10227"},"modified":"2024-05-22T14:29:53","modified_gmt":"2024-05-22T06:29:53","slug":"program-integrasi-sawit-laluan-kepada-meningkatkan-kesejahteraan-kewangan-pekebun-kecil-sawit","status":"publish","type":"research-custom","link":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/research-custom\/program-integrasi-sawit-laluan-kepada-meningkatkan-kesejahteraan-kewangan-pekebun-kecil-sawit\/","title":{"rendered":"Program Integrasi Sawit: Laluan Kepada Meningkatkan Kesejahteraan Kewangan Pekebun Kecil Sawit"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tanaman kelapa sawit oleh pekebun kecil di Malaysia mewakili 40 peratus daripada keluasan keseluruhan tanaman sawit (Che Johari, 2014).\u00a0 Sudah pasti, memastikan setiap pekebun kecil sawit berjaya meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pendapatan bulanan mereka adalah satu cabaran yang besar kepada Kerajaan Malaysia.\u00a0 Malahan kerajaan turut menetapkan sasaran peningkatan pendapatan pekebun kecil komoditi sekurang-kurangnya ke paras RM4,000.00 sebulan menjelang tahun 2020 (Che Johari, 2014).\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kerajaan telah merangka pelbagai strategi dan insentif melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk meningkatkan produktiviti sektor pekebun kecil sawit.\u00a0 Misalnya untuk tempoh 2011 hingga 2013, Kerajaan menerusi MPOB telah memperuntukkan sebanyak RM902 juta bagi membantu para pekebun kecil dalam penanaman kelapa sawit dan tanaman baharu komoditi itu (Radhuan, 2013).\u00a0 Di bawah program tersebut, sebanyak RM7,500 sehektar diperuntukkan kepada peserta di Semenanjung dan RM9,000 sehektar di Sabah dan Sarawak.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain itu, Kerajaan juga mewujudkan tiga skim khusus untuk membantu pekebun kecil sawit, iaitu Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK), Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK) dan Skim Diskaun CANTAS (SKIDIC).\u00a0 Ketiga-tiganya mempunyai matlamat untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui pertambahan keluasan tanaman sawit, penghasilan sawit yang bermutu tinggi dan meningkatkan produktiviti penuaian buah sawit melalui mekanisasi (Choo 2014).\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi memenuhi matlamat tersebut, program integrasi sawit juga telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh MPOB (Rosli, 2000; Rosli, 2001).\u00a0 Program integrasi sawit adalah satu program yang mengintegrasikan tanaman sawit bersama aktiviti ekonomi lain, seperti penternakan lembu dan kambing (Nursuhana &amp; Noryati, 2014).\u00a0 Persoalannya, sejauhmana program integrasi sawit dipraktiskan oleh pekebun kecil sawit dan apakah program integrasi sawit ini benar-benar efektif dalam meningkatkan pendapatan mereka.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Justeru, kajian ini akan menganalisis sejauhmana program integrasi sawit berjaya dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit.\u00a0 Setelah itu, bentuk pengurusan sumber keluarga dalam kalangan pekebun kecil sawit akan dianalisis untuk membantu mereka mengurus sumber keluarga yang betul ke arah mencapai tahap kesejahteraan kewangan yang lebih baik.<\/span><\/p>\n","protected":false},"featured_media":0,"template":"","grant-category":[114,65],"research-keyword":[],"year-taxonomy":[],"class_list":["post-10227","research-custom","type-research-custom","status-publish","hentry","grant-category-cluster-2014","grant-category-cluster-research-grant"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/research-custom\/10227","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/research-custom"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/research-custom"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10227"}],"wp:term":[{"taxonomy":"grant-category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/grant-category?post=10227"},{"taxonomy":"research-keyword","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/research-keyword?post=10227"},{"taxonomy":"year-taxonomy","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/year-taxonomy?post=10227"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}