{"id":10297,"date":"2024-05-22T14:53:49","date_gmt":"2024-05-22T06:53:49","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/?post_type=research-custom&#038;p=10297"},"modified":"2024-05-22T14:53:49","modified_gmt":"2024-05-22T06:53:49","slug":"faktor-faktor-penentu-kelangsungan-integrasi-sawit-dalam-kalangan-pekebun-kecil-sawit-kajian-kes-di-negeri-sabah","status":"publish","type":"research-custom","link":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/research-custom\/faktor-faktor-penentu-kelangsungan-integrasi-sawit-dalam-kalangan-pekebun-kecil-sawit-kajian-kes-di-negeri-sabah\/","title":{"rendered":"Faktor-Faktor Penentu Kelangsungan Integrasi Sawit dalam Kalangan Pekebun Kecil Sawit: Kajian Kes di Negeri Sabah"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Usaha meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pendapatan pekebun kecil sawit merupakan satu cabaran besar kepada Kerajaan Malaysia.\u00a0 Pelbagai strategi dan insentif melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk meningkatkan produktiviti sektor pekebun kecil sawit telah dilaksanakan.\u00a0 Malahan kerajaan turut menetapkan sasaran peningkatan pendapatan pekebun kecil sawit sekurang-kurangnya ke paras RM4,000.00 sebulan menjelang tahun 2020 yang berbaki 4 tahun sahaja lagi.\u00a0 Sebagai usaha memenuhi matlamat tersebut, program integrasi sawit telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh MPOB sejak RMK-9.\u00a0 Program integrasi sawit adalah satu program yang mengintegrasikan tanaman sawit bersama aktiviti ekonomi lain, seperti penternakan lembu, kambing dan tanaman lain.\u00a0 Persoalannya, sejauhmana integrasi sawit diamalkan oleh pekebun kecil sawit dan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi mereka untuk mengamalkan dan meneruskan amalan integrasi sawit tersebut.\u00a0 Justeru, kajian ini akan menganalisis faktor-faktor penentu yang mempengaruhi amalan dan kelangsungan amalan integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit.\u00a0 Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif yang akan menggunakan pendekatan kerja lapangan.\u00a0 Instrumen kajian adalah borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian utama, iaitu maklumat latar belakang pekebun, maklumat amalan integrasi sawit dan maklumat faktor-faktor mempengaruhi amalan integrasi.\u00a0 Borang kaji selidik akan diedarkan kepada pekebun kecil sawit yang melaksanakan program integrasi sawit sahaja.\u00a0 Teknik pemilihan sampel yang akan diaplikasikan dalam kajian adalah persampelan bertujuan.\u00a0 Sasaran sampel ialah 200 orang pekebun kecil sawit yang melaksanakan integrasi sawit (ternakan, tanaman atau kedua-duanya).\u00a0 Jangkaan hasil kajian ialah model kelangsungan integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit.\u00a0 Kajian ini penting bagi mengenalpasti faktor-faktor signifikan yang mempengaruhi kelangsungan sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit.\u00a0<\/span><\/p>\n","protected":false},"featured_media":0,"template":"","grant-category":[119,66],"research-keyword":[],"year-taxonomy":[],"class_list":["post-10297","research-custom","type-research-custom","status-publish","hentry","grant-category-small-2016","grant-category-small-research-grants"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/research-custom\/10297","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/research-custom"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/research-custom"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10297"}],"wp:term":[{"taxonomy":"grant-category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/grant-category?post=10297"},{"taxonomy":"research-keyword","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/research-keyword?post=10297"},{"taxonomy":"year-taxonomy","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/kursimpobukm\/wp-json\/wp\/v2\/year-taxonomy?post=10297"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}