| BIL. | TAJUK | PENGUMUMAN |
|---|---|---|
| 1. | ![]() | PANGGILAN CADANGAN PROJEK 2026 🌍 Penyetempatan SDG di Peringkat Akar Umbi APPGM-SDG menjemput organisasi komuniti, NGO/CSO, persatuan, koperasi, belia, wanita, universiti dan JPKK/JPKK untuk mengemukakan cadangan projek komuniti berimpak selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). 🎯 Fokus Projek: - Penjanaan pendapatan & keusahawanan - Keterjaminan makanan - Pusat pembelajaran & pemerkasaan komuniti - Kem SDG belia & kepimpinan ✅ Kriteria Utama: - Projek lestari & mesra alam - Berpengalaman melaksanakan projek komuniti - Mewujudkan peluang pekerjaan - Memberi manfaat langsung kepada peserta 🗓 Tarikh Tutup: 31 Mei 2026 📌 Daftar sekarang: https://forms.gle/MHV8QCZNTpc2NHQV6 Pertanyaan: 📩 pmdprojects.appgmsdg@gmail.com 📞 016-3326537 |
| 2. | ![]() | HEBAHAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) TARIKH TUTUP : 15 MAC 2026 Sehubungan dengan ini, dipanjangkan makluman mengenai pelawaan Permohonan Geran Penyelidikan dan Pembangunan SSM untuk makluman semua PTJ. Sukacita penyelidik yang berminat untuk memohon mengambil perhatian perkara-perkara berikut: Pemohon boleh memuat turun borang permohonan dan garis panduan di portal rasmi SSM melalui www.ssm.com.my. Permohonan yang lengkap perlu dihantar melalui e-mel kepada Urus Setia Geran Penyelidikan dan Pembangunan SSM di alamat rndfund@ssm.com.my. Sebagai rekod pihak CRIM, kerjasama penyelidik adalah dipohon untuk mengisi Google Form Makluman Penghantaran melalui pautan https://forms.gle/Gk14MTnfYSMfrgeF7 sebaik sahaja permohonan dihantar kepada pihak SSM. Iklan Hebahan: Geran Penyelidikan dan Pembangunan SSM |
| 3. | ![]() ![]() | HEBAHAN PEMBUKAAN DANA PENYELIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) BAGI TAHUN 2026 TARIKH TUTUP 31 MAC 2026 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menjemput wakil universiti untuk menghadiri Majlis Peluncuran Dana PEMACU 2.0 pada 11 Februari 2026. Selaras dengan permulaan fasa baharu Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Bahagian Dana MOSTI akan meneruskan skim pendanaan strategik di bawah Dana PEMACU 2.0 yang akan menyokong pelaksanaan dasar, pelan hala tuju dan inisiatif Kerajaan dalam bidang fokus utama MOSTI. Dana PEMACU 2.0 ini bertujuan untuk menjana penyelesaian teknologi, produk dan proses inovatif berimpak tinggi kepada sosioekonomi negara, mematangkan teknologi ke arah pengkomersialan bagi merapatkan jurang Valley of Death berdasarkan Tahap Kesediaan Teknologi (TRL), serta memperkukuh ekosistem Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Malaysia. 3. Berikut disampaikan maklumat penting berkaitan permohonan Dana PEMACU 2.0 Tahun 2026: Tempoh Pembukaan Dana PEMACU 2.0 adalah mulai 11 Februari 2026 sehingga 31 Mac 2026. Permohonan perlu dibuat melalui Sistem Dana Bersepadu MOSTI (https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/). Bersama-sama emel ini disampaikan dokumen-dokumen berkaitan untuk rujukan penyelidik dalam membuat permohonan. Para penyelidik yang berminat untuk memohon digalakkan untuk menghadiri Sesi Konsultansi yang dilaksanakan oleh MOSTI pada setiap hari Khamis (9.00 pagi hingga 5.00 petang). Penyelidik perlu membuat pendaftaran sesi konsultansi melalui Google Form https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfyeFLco2GX2ObT4J3hQxX4tJJ_8OtiSF5ktMwX8zeIE8Jkew/viewform |