Memperkasa Keselamatan Kimia: Latihan Teknikal Penyediaan Rekod Pengelasan CLASS 2013 kepada i-Chem Solution Sdn. Bhd.

16-17 Mei 2025 – Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Bahan Kimia (CMRG) telah menganjurkan latihan teknikal khas bertajuk “Penyediaan Rekod Pengelasan di bawah Peraturan CLASS 2013” kepada kakitangan i-Chem Solution Sdn. Bhd. Sesi tertutup selama dua hari ini dikendalikan oleh Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta dan dibantu oleh En. Mahathir Amir. Latihan ini bertujuan memperkukuh pengetahuan peserta dalam pengelasan bahan kimia mengikut keperluan Peraturan CLASS 2013.

i-Chem Solution, sebuah syarikat di dalam bidang bahan kimia khusus dan teknologi pengurusan air industri, telah menghantar kakitangan yang terlibat secara langsung dalam pengelasan kimia sebagai usaha meningkatkan kefahaman dan kepatuhan kepada keperluan perundangan di Malaysia. Antara topik utama yang dibincangkan termasuk sistem GHS, aspek pengelasan bahaya, dan pematuhan terhadap peraturan CLASS 2013. Peserta juga diberikan pengenalan mengenai sistem CATCH yang boleh menjadi alternatif di dalam pengelasan bahan kimia.
Disediakan oleh Mohamad Mahathir Amir Sultan
17 Mei 2025