Program ini dianjurkan untuk melahirkan dan meningkatkan keyakinan diri, dalam membina nilai-nilai patriotik serta menghargai negara sekaligus mengeratkan silaturahim kumpulan ahli Komuniti Rakan Strok KPPC bersama ahli keluarga dan kakitangan Kelab Lanjutan Strok PPUKM dalam membina kecergasan minda yang lebih sihat
Objective: 1. Memberikan medium untuk pesakit strok berdikari dalam menjalankan sesuatu tugasan bermatlamat sejajar dengan proses rehabilitasi mereka. 2. Memberi peluang kepada ahli-ahli mengambil bahagian dalam aktiviti kecergasan minda bersama sahabat-handai, ahli keluarga dan ahli sokongan terdiri dari ahli-ahli perubatan dari Klinik Premier PPUKM yang sentiasa memberi komitmen dalam semua aspek yang memberi kebaikan dalam kesihatan dan fikiran 3. Memberi keyakinan pada diri dan pemulihan dalam satu komuniti dalam suasana yang harmoni