Program Jom Sihat, Bebas Kuman 2024 adalah inisiatif khidmat masyarakat bersama penduduk di tiga perkampungan Orang Asli berangkai di Seri Iskandar, Perak. Ia melibatkan kolaborasi antara Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan, Jabatan Mikrobiologi & Imunologi Perubatan dan Sekretariat Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang jangkitan parasit dan bakteria dalam kalangan masyarakat Orang Asli sambil menjalankan aktiviti penyelidikan untuk memahami faktor risiko jangkitan. Sepanjang program satu hari ini, pelbagai aktiviti interaktif dengan pemudahcara diatur bagi memastikan kesedaran kesihatan dapat diterapkan secara berkesan dalam komuniti.
Objective: • Untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit berjangkit akibat parasit dan bakteria dalam komuniti Orang Asli • Untuk memberikan penghargaan kepada subjek penyelidikan • Mewujudkan kerjasama antara penyelidik dan komuniti melalui perkongsian pengetahuan dan sumber. • Untuk memperkukuhkan tanggungjawab sosial serta meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan kakitangan dan pelajar.