Penjagaan kesihatan bagi warga emas adalah satu aspek yang semakin mendapat perhatian di Malaysia. Kepentingan menjaga kesihatan warga emas bukan sahaja bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat, tetapi juga untuk memastikan mereka dapat menikmati kualiti hidup yang baik. Dalam konteks kesihatan awam, pencegahan dan promosi kesihatan adalah strategi utama dalam memastikan kesejahteraan warga emas. Pendekatan ini bukan sahaja lebih kos efektif berbanding rawatan, tetapi juga dapat mengurangkan beban penyakit yang dihadapi oleh golongan ini. Program intervensi kesihatan awam yang melibatkan pendidikan kesihatan, dan sokongan sosial dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik dan masalah kesihatan mental. Tambahan pula, intervensi berasaskan komuniti memberi peluang kepada warga emas untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman, dan membina sokongan sosial yang lebih kuat, yang penting untuk kesejahteraan keseluruhan. Melalui pendekatan kesihatan awam yang menyeluruh, kita dapat memastikan warga emas terus sihat, aktif, dan sejahtera.
Objective:
Objektif Umum: Meningkatkan kesihatan fizikal, mental, dan sosial warga emas melalui aktiviti intervensi berstruktur.
Objektif khusus:
i. Meningkatkan kesedaran warga emas dan penjaga berkaitan isu kesihatan dalam penuaan sihat dalam komuniti.
ii. Meningkatkan motivasi untuk penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal dalam komuniti.
iii. Meningkatkan keyakinan diri dalam pemilihan pemakanan yang sihat yang bersesuaian dengan keperluan nutrisi warga emas.
iv. Mendapatkan jaringan kerjasama dari komuniti setempat dan rakan berkepentingan dalam menjayakan aktiviti khidmat masyarakat.
Department:
PERUBATAN KESIHATAN AWAM
Program Head:
Dr Siti Norain binti Sallahuddin