Lestari Fakulti Perubatan

Sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa 2025

Hari Penyakit Jarang Jumpa disambut pada hari terakhir bulan Februari setiap tahun, dengan tujuan utama meningkatkan kesedaran masyarakat umum mengenai penyakit jarang jumpa serta kesannya terhadap kehidupan pesakit dah ahli keluarga. Pada tahun 2025, sambutan ini jatuh pada 28 Februari dengan tema sambutan tahun tersebut adalah ‘More Than You Can Imagine’, yang menekankan bahawa penyakit jarang bukan sekadar statistik, tetapi melibatkan pesakit sebenar dengan impian, harapan, dan perjuangan yang lebih besar daripada yang kita bayangkan.

Bagi menyokong inisiatif ini, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Jabatan Pediatrik, dengan kerjasama Unit Genetik Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HosTAR) serta dengan sokongan Persatuan Kaunseling Genetik Malaysia, telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa 2025 di Lobi Utama Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM pada 25 dan 26 Februari 2025,. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pasukan perubatan serta masyarakat mengenai penyakit jarang jumpa, selain memaparkan peranan aktif UKM dalam rawatan serta penyelidikan berkaitan penyakit jarang jumpa di Malaysia. Sambutan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada profesional perubatan, pesakit dan keluarga mereka, pelajar serta masyarakat umum.

Objective:
Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pasukan perubatan dan masyarakat mengenai Penyakit Jarang Jumpa.

Department:
Department of Paediatric

Program Head:
Sharifah Azween Syed Omar