






Pada Jumaat, 24 April 2026, wakil unit e-Pembelajaran dan Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan telah mengadakan lawatan kerja ke MYI Technologies Sdn Bhd yang terletak di IOI City Tower 2, Putrajaya. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara dekat ekosistem bilik darjah pintar serta meneroka potensi integrasi teknologi terkini dalam kurikulum perubatan di UKM.
Antara aktiviti utama sepanjang lawatan:
1.Demonstrasi teknologi Smart Classroom bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) interaktif.
2.Taklimat mengenai penyelesaian teknologi digital yang sesuai untuk pendidikan perubatan masa hadapan.
3.Sesi perbincangan kolaborasi strategik antara pihak akademik dan pakar teknologi industri.
Usaha ini merupakan langkah proaktif fakulti dalam memastikan graduan perubatan UKM sentiasa terdedah kepada inovasi AI dan pendidikan digital bertaraf dunia.