Faculty of Medicine UKM

🔍 Search
Ă—

Pengurusan tertinggi Fakulti Perubatan UKM bersama Pasukan MedAI@FPer dan Pasukan SIM @ UKM  telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengalaman AI CelcomDigi (AiX), Subang pada 11 Mei 2026 bagi meneroka integrasi AI dalam pendidikan dan perkhidmatan kesihatan masa hadapan.

Aktiviti dan Fokus Utama:

1) Meneroka demonstrasi termaju teknologi 5G dan AI serta kes gunaan sebenar dalam pelbagai industri, khususnya dalam sektor kesihatan dan pendidikan, bagi memacu kecekapan, produktiviti dan kelestarian.

2) Perbincangan kolaborasi penyelidikan, aplikasi AI perubatan, serta eksplorasi potensi dana inovasi digital.

3)Merangka langkah seterusnya bagi kerjasama strategik industri-akademik yang berimpak.

Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan Fakulti Perubatan UKM dalam menerajui revolusi perubatan digital demi kesejahteraan masyarakat.