Satu sidang media khas Ekonomi Madani : Mencapai Sasaran telah berlangsung pagi tadi oleh Pengarah @MINDA YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali.
Beliau menzahirkan keterujaan dengan konsep Ekonomi Madani oleh Kerajaan Perpaduan, namun secara prinsipnya beliau menginginkan satu bentuk komitmen daripada semua pihak untuk menjayakannya.
“Saya teruja dengan Ekonomi Madani, saya menyokong, cantik dan kemas olahannya. Namun, kerisauan saya ialah adakah kita komited secara ‘whole of nation’ dari pemimpin, pentadbir, sektor awam dan swasta dan rakyat untuk melaksanakannya ?”.
Menurutnya lagi, “Pelaksanaan Ekonomi Madani mesti diinstitusikan. Saya mencadangkan penubuhan sebuah pasukan khas yang berdedikasi dan diberi mandat penuh oleh PM untuk bertindak sebagai pasukan penggerak Ekonomi Madani.
MINDA-UKM: BERSAMA MEMBANGUNKAN NEGARA
#mindaukm #MindaNews #sidangmedia #ukm #ekonomimadani #memperkasarakyat #7sasaran #pmx #malaysiamadani