VISI, MISI & OBJEKTIF
Visi
“PEMIKIR DAN PENGGERAK PEMBANGUNAN NEGARA”
Misi
MINDA-UKM bertindak sebagai pemikir dan penggerak untuk Malaysia terus membangun dan maju secara inklusif, menjadi sebuah negara yang dihormati serta memanfaatkan semua.
OBJEKTIF
- Membangun kapasiti dan melahirkan bakat dalam bidang pembangunan dasar awam (melibatkan kumpulan pakar dan tenaga mahir).
- Menggiatkan advokasi berkaitan dasar awam dan hala tuju negara.
- Menjalankan penyelidikan melalui kerjasama strategik dan jaringan profesional.
- Menawarkan khidmat perundingan secara sistematik dalam menangani isu pembangunan negara.
- Menjadi pusat wacana, perbincangan dan perkongsian maklumat antara pembuat dasar, pihak industri serta pemegang taruh dalam isu-isu nasional.