MINDA-UKM

Dialog MINDA Wacana Pendidikan Tinggi

Dialog MINDA bertajuk Wacana Pendidikan Tinggi Negara, anjuran bersama MINDA UKM dan Kementerian Pendidikan Tinggi telah berlangsung sebagai gelanggang intelektual bertaraf nasional yang menghimpunkan pemikiran dan pandangan Dr. Bakri Musa dan Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dalam wacana sarat pemikiran strategik yang dipandu oleh Dr. Anuar Ahmad. Disertai secara dalam talian oleh barisan kepimpinan kementerian, para Naib Canselor dan pengurusan kanan universiti awam, sesi ini menjadi medan penting memperhalusi hala tuju pendidikan tinggi Malaysia yang lebih ampuh, progresif dan berpandangan jauh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *