MINDA-UKM bertindak sebagai pemikir dan penggerak untuk Malaysia terus membangun dan maju secara inklusif, menjadi sebuah negara yang dihormati serta memanfaatkan semua.
OBJEKTIF
Membangun kapasiti dan melahirkan bakat dalam bidang pembangunan dasar awam (melibatkan kumpulan pakar dan tenaga mahir).
Menggiatkan advokasi berkaitan dasar awam dan hala tuju negara.
Menjalankan penyelidikan melalui kerjasama strategik dan jaringan profesional.
Menawarkan khidmat perundingan secara sistematik dalam menangani isu pembangunan negara.
Menjadi pusat wacana, perbincangan dan perkongsian maklumat antara pembuat dasar, pihak industri serta pemegang taruh dalam isu-isu nasional.