Menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju melalui pertumbuhan ekonomi yang mampan perlu disemai dengan nilai-nilai kemanusiaan, kesaksamaan dan keadilan sosial dalam masyarakat. Dalam konteks ini, jurang pendapatan yang masih wujud di negara kita perlu ditangani dengan berkesan untuk memastikan Malaysia terus kekal stabil dan harmoni.
Bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia dalam bidang pembangunan dasar awam, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia di Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 16 Januari 2015 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah mengumumkan penubuhan Malaysian Inclusive, Development and Advancement Institute (MINDA UKM) untuk dibangunkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) agar menjadi sebuah institusi penyelidikan yang akan menjalankan kajian-kajian khusus untuk menangani isu ketidaksaksamaan sosial dan ekonomi dalam masyarakat dengan memberikan penekanan kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi yang bersifat inklusif serta mengecilkan jurang pendapatan rakyat.
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan mengumumkan penubuhan Malaysian Inclusivity, Development and Advancement Institute (MINDA) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penubuhan MINDA UKM adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar institusi pendidikan di Malaysia dapat memainkan peranan yang penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara disertai dengan pembahagian kekayaan adil dan saksama. MINDA UKM juga akan menjadi institusi yang menerajui pengembangan ilmu pembangunan dasar awam yang dapat membantu pembangunan kemajuan negara. Melalui kepakaran dan bakat yang ada, serta persekitaran pembelajaran yang baik, MINDA UKM bertekad untuk menjadi pusat rujukan negara yang bertaraf antarabangsa dalam menangani isu pembangunan dasar awam negara.
Penilaian dan Cabaran Ekonomi Makro & Mikro | Ketakpastian Geo-politik & Ekonomi Global | Daya Tahan & Daya Saing Ekonomi
Kesediaan Sumber Manusia & Bakat | Kualiti Sistem Pendidikan & Latihan | Kecekapan Pasaran Buruh & Modal Insan
Kesediaan & Kecanggihan Ekonomi | Kemajuan & Penerapan Teknologi | Ekosistem & Daya Inovasi
Pembangunan Inklusif & Kesaksamaan | Pengecilan Jurang & Kepinggiran |Keseimbangan & Pembangunan Wilayah
Kelestarian & Pembangunan Mampan | Perpaduan & Penerapan Nilai Murni | Kesejahteraan & Mobiliti Sosial
Kecekapan & Keberkesanan Kerajaan Sistem Penyampaian Awam Pengukuhan Jaringan