PROGRAM KOMUNITI “EKSPLORASI STEM 2.0: MENCUNGKIL BAKAT SAINTIS MUDA

18 Ogos 2026 – 19 Ogos 2026 Jabatan Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regeneratif (DTERM) dengan kerjasama pelbagai Jabatan Praklinikal di Fakulti Perubatan UKM dan Unit Makmal Pelbagai Guna telah menganjurkan program komuniti “Eksplorasi STEM 2.0: Mencungkil Bakat Saintis Muda”. Program ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar sekolah menengah terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) melalui pendekatan yang mudah dan interaktif.