PERARAKAN PERPADUAN DAN MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KE 68 FAKULTI PERUBATAN SERTA SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT UKM BANGI

25 OGOS 2025
Fakulti Perubatan UKM telah menganjurkan acara Perarakan Perpaduan dan Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-68 pada hari ini, 25 Ogos 2025. Perarakan Perpaduan ini telah disempurnakan oleh Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid.
Acara disertai oleh pasukan perbarisan yang diketuai Dekan Fakulti Perubatan, YBhg. Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) HCTM, En. Mursidi Ahmad serta wakil-wakil pengurusan dan kakitangan daripada jabatan-jabatan di Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Institut Biologi Molekul Perubatan dan UKM Specialist Centre.
Majlis ini merupakan kemuncak bagi sambutan ambang kemerdekaan peringkat Fakulti Perubatan dengan beberapa pengisian aktiviti sepanjang bulan Ogos iaitu Cabaran Jom Sihat dan Cergas Kemerdekaan, Pertandingan Hiasan Pejabat Kemerdekaan, Pertandingan Video Pendek Kemerdekaan. Turut dipertandingkan adalah pakaian terbaik bagi kategori individu dan kumpulan bagi acara Perarakan Perpaduan.
Unit Makmal Pelbagai Guna (MPG) telah memenangi Pertandingan Hiasan Pejabat Kemerdekaan ( Tempat Pertama ) manakala memenangi Pakaian Terbaik Kategori Kumpulan dan Individu ( Tempat Ketiga ) . Manakala di peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia ( Bangi ) UNIT MPG telah mewakili Fakulti Perubatan juga telah memenangi tempat Pertama Pertandingan Hiasan Pejabat Kemerdekaan ke 68 .