Muzium Sejarah Alam

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Staff sedang menjahit herbarium

Herbarium Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi (Herbarium UKMB) ditubuhkan pada tahun 1970, yang mana bangunan asalnya berada di Fakulti Sains, Petaling Jaya. Unit ini kemudiannya dipindahkan ke Bangunan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Bangi pada tahun 1982.

 Herbarium ini ditempatkan di Tingkat 4 dan mempunyai keluasan 259 kaki persegi di Bangunan Sains Biologi di bawah pengurusan Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam dahulunya dan kini dikenali sebagai Pusat pengurusan Ekosistem dan Sumbe Semulajadi di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. 

Herbarium UKMB merupakan sebahagian daripada pusat kemudahan UKM yang digunakan dalam pengajaran, pendidikan dan penyelidikan. Herbarium UKMB telah menerima lawatan dan kunjungan pelajar, pensyarah dan penyelidik daripada pelbagai institusi dalam dan luar negara.

Penelitian herbarium di bawah 'stereoscope'
Koleksi herbarium tumbuhan tinggi
Koleksi herbarium basah algae