Muzium Sejarah Alam

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Muzium Zoologi Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah satu unit di bawah Muzium Sejarah Alam, Fakulti Sains dan Teknologi. Muzium ini juga merupakan pusat koleksi dan repositori spesimen vertebrata, di mana sehingga kini, muzium sudah mencecah 6000 specimen secara keseluruhan.Muzium Zoolgi mempunyai koleksi spesimen yang pelbagai dan unik dari hidupan laut, ikan, amfibia, reptilia, brung dan mammalia. 

Spesimen-spesimen ini diawet sejak 80-an dan ada juga beberapa spesimen daripada 70-an, dimana spesimen ini diawet menggunakan beberapa kaedah pengawetan seperti kaedah rendaman dalam larutan formalin dan alkohol etanol, taksidermi, tulang dan diafonisasi. Muzium Zoologi ditubuhkan sebagai pusat penyimpanan koleksi spesimen-spesimen vertebrata hasil dari penyelidikan oleh penyelidik mahupun pelajar UKM dan sebagai pusat rujukan para penyelidik mahupun masyarakat yang berminat akan kepelbagaian biodiversiti.