Jawatan Kosong: Pembantu Penyelidik / Research Assistant (RA)

 

Projek The Malaysian Cohort merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang berurusetia di Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

 

Jawatan              : PEMBANTU PENYELIDIK/ RESEARCH ASSISTANT (RA)
Taraf Jawatan  : Kontrak
Tarikh Iklan      : 4 Januari 2024 hingga 18 Januari 2024

 


SYARAT-SYARAT LANTIKAN :

1. Terbuka kepada lelaki dan wanita warganegara Malaysia

2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains akan diberi keutamaan

3. Mempunyai minat yang tinggi dalam penyelidikan dan ujian makmal serta kemahiran pengurusan masa.

4. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan atau dengan pengawasan minima serta mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.

5. Komited dalam tugasan yang akan diberikan dan boleh menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa.

6. Boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

7. Boleh menjalinkan kerjasama dan berkomunikasi yang baik dengan pelbagai pihak.

8. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar sekiranya diperlukan.

9. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.

 

CARA MEMOHON :

  • Calon yang berminat dan berkelayakan, sila hantarkan resume/CV terkini dan salinan sijil akademik (SPM dan ijazah) kepada afifah_aa@ukm.edu.my
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Afifah (03-91710415/ 1-800-88-2007) atau layari laman sesawang kami https://www.ukm.my/mycohort/ms/