Program Rekrutmen Dan Saringan Kesihatan Kepada Komuniti Orang Asli Di Hulu Langat

Program Rekrutmen Dan Saringan Kesihatan Kepada Komuniti Orang Asli Di Hulu Langat
31 Mei 2025 – Program rekrutmen dan saringan kesihatan percuma kepada komuniti khusus Orang Asli telah dijalankan dengan jayanya di Balai Raya Kampung Orang Asli (KOA) Padang, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.
Seramai 19 orang penduduk daripada etnik Melayu-Proto (sub-etnik Temuan) yang berumur dari 35 tahun dan ke atas telah berjaya direkrut. Pemilihan peserta atau sukarelawan pada kali ini memfokus kepada individu yang mempunyai 3 generasi bagi bangsa dan sub keturunan yang sama (dari susur galur datuk, nenek sebelah ibu dan bapanya). Ini bagi memastikan ketepatan maklumat genetik bangsa yang dibawa. Program ini bagi memenuhi satu sub-projek berkenaan perubatan jitu (precision health) yang dibangunkan pada tahun 2024 iaitu : Towards Precision Health Malaysia- Whole genome sequencing of healthy and diseased individuals. Ia bertujuan memperkukuh pendekatan perubatan jitu di Malaysia melalui penyelidikan molekul dan gaya hidup.
Program ini bukan sahaja berjaya mengumpul data kesihatan bagi mewakili status kesihatan kaum minoriti di Malaysia, malah turut membuka ruang interaksi yang lebih erat dengan komuniti Orang Asli.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







